Sony VAIO adalah jenama yang tidak asing lagi didengar pada masa kini. Ianya merupakan produk keluaran syarikat teknologi yang terkemuka dari negara mentari timur iaitu SONY. Melihat dari reka bentuk laptop Sony VAIO pasti ramai yang akan menyukainya kerana ia amat menarik dan cantik. Namun bagaimanapun ia tetap mempunyai masalah seperti mana laptop yang lain. Kami di OK Computer Solution telah banyak menerima pelanggan yang mempunyai masalah dengan laptop Sony VAIO mereka.
Antara pemasalahan yang sering kami terima adalah laptop tidak boleh on, lampu menyala tetapi no display, ada kalanya kerap kali auto shutdown atau restart dengan sendirinya. Kesemua pemasalahan ini adalah berpunca daripada motherboard. Kerosakan ini seringkali berpunca daripada over heating. Apabila sampai masanya motherboard tidak mampu bertahan untuk melakukan kerja, dan secara sendirinya ia akan auto shutdown atau restart ataupun tidak boleh on langsung. Kami di OK Computer Solution amat pakar didalam pemasalahan motherboard ini. Kami tidak akan terus menukar motherboard itu kerana kosnya amat tinggi, tetapi kami akan menyelesaikannya dengan peringkat awal iaitu menukar chipset pada motherboard itu.
Chipset adalah elemen yang penting pada sesuatu komputer itu. Ia adalah penggerak utama bagi sesebuah komputer. Ianya nampak kecil, dan seringkali di pertikaikan kerana benda yang kecil ini membawa efek yang besar. Namun inilah hakikatnya. Apabila ia mula berfungsi, ia memerluka udara yang sejuk untuk mengawal haba panas yang di hasilkannya. Apabila ia tidak mendapat udara yang tidak mencukupi ataupun udara tersekat, maka itu lah puncanya kerosakkan pada chipset ini. Bagi mengelakkan daripada terjadinya masalah bergini, kami merekomenkan anda untuk rajin-rajin service laptop anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali...
Selain dari masalah chipset, Sony VAIO juga mempunyai masalah keyboard tidak berfungsi. Ini kerana keyboard hanya mempunyai satu talian atau cable yang di sambung terus ke motherboard. Cable keyboard tidak seperti cable yang lain. Cable ini diperbuat daripada plastik yang amat nipis dan di tengahnya terdapat copper bagi laluan arus elektrik. Ianya perlu dipasang dengan teliti agar cable ini tidak koyak. Jika koyak keyboard akan tidak berfungsi atau sesetengah butang tidak akan berfungsi..
Kami di OK Computer Solution juga pakar tentang keyboard. Tidak kira apa jenis laptop dari yang biasa sehingga kepada luar biasa. Anda sedia kami bantu. Dalam masa hanya 15 minit, kami akan selesaikan masalah ini di depan anda!! Anda boleh lihat sendiri hasil kerja kami di depan mata anda...
Dipendekkan kata, kami adalah pakar tentang bidang laptop. Anda pasti selesa serta akan menyukai dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Kami mempunyai banyak testimoni yang berjaya. Silalah lihat di laman testimoni kami. Atau anda boleh terus datang ke permis kami di sekitar anda. Bagi di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, Kami ada terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya dan di UIA Gombak. Di sebelah selatan pula anda boleh berkunjung di Politeknik Port Dickson. Di sebelah utara pula kami terletak di terminal bas Ekspress kemunting. Sila hubungi kami jika laptop anda rosak...
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.
No comments:
Post a Comment