Dilema Seorang Student : Bagaimana Nak Beli Laptop?



Seiring dengan perkembangan zaman, teknologi juga kian pesat berkembang. Apatah lagi jika anda bergelar seorang pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi, anda sangatlah dituntut untuk bersikap lebih bijak dan intelektual. Dengan kemudahan seperti laptop masa kini, segalanya dihujung jari. Pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar manfaat daripada sesebuah laptop, antaranya seperti :

1) Untuk memproses dan menyimpan data atau maklumat
2) Untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan berita semasa
3) Untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah
4) Untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara maya dengan pensyarah mahupun rakan
5) Untuk dijadikan alat mengulang kaji pelajaran
6) Untuk memberikan hiburan dan kegembiraan kepada pelajar dikala sedang tertekan dengan jadual padat pembelajaran
7) Menjadi bahan penyebar dakwah sesama pelajar dan dunia luar


Sehingga hari ini, terdapat pelbagai jenis model laptop yang ada di pasaran. Tidak dinafikan juga, semua model ini adalah direka dengan kemudahan yang canggih dan sangat sesuai digunakan oleh seseorang pelajar. Jom kita lihat beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan untuk membeli laptop :)

1) Kenalpasti Model Laptop

Laptop ada berbagai jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya Acer, Compaq/HP, Dell, Toshiba, Fujitsu, Lenovo, Sony dll. Kalau di Malaysia, laptop Acer paling ramai orang pakai, dan di peringkat dunia pula laptop Dell menjadi pilihan utama pengguna.

Rajin-rajinkan diri anda untuk berkunjung ke kedai komputer berhampiran atau jika anda menetap sekitar bandaraya Kuala Lumpur, boleh berkunjung terus ke plaza lowyat untuk survey model laptop yang sedang laris di pasaran. Selain itu, anda juga boleh membuat survey secara online dengan berkunjung ke blog dan forum komputer untuk mendapatkan senarai harga dan juga membaca review dari pengguna lain.

Kami cadangkan beberapa link di bawah sekiranya anda ingin membuat survey mengenai laptop.

Lowyat.net (check bahagian pricelist)

Lowyat.net (Mobile Computing)

Lowyat.net (Notebook Garage Sales)

PC Depot (pricelist)

Masa pc fair juga banyak jenis model laptop akan dijual. Oleh itu, jika ada masa anda boleh berkunjung juga ke pc fair untuk membuat survey.

2) Semak Harga

Kebiasaannya untuk harga RM 1400 dan kebawah laptop ini tidak disertakan dengan Original Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak. Kalau ada pun selalunya akan disertakan Operating system yang Starter Edition sahaja. Kalau harga RM 1700 dan ke atas selalunya laptop tersebut akan disertakan dengan Original Operating System.


Tips Penting:- Kalau nak cek laptop anda guna Original OS boleh tengok di bahagian bawah laptop. Kalau ada COA (Certificate of Authenticity) dari Microsoft, maknanya WINDOWS ORI.

3) Semak Spesifikasi Laptop

a) Processor

Antara contoh processor yang biasa digunakan oleh kebanyakan laptop adalah seperti Intel dan AMD. Setiap jenis processor ini juga mempunyai generasi keluaran seperti Intel i3, i5, i7 dan banyak lagi sebelumnya, begitu juga dengan processor AMD. Lazimnya, AMD ini sangat sesuai untuk gaming.

b) Hard Disk Drive (HDD)

HDD adalah tempat simpanan data dan kebiasaannya mempunyai beberapa kapasiti pilihan seperti 320GB / 500GB / 640GB / 1TB / 1.5TB dan 2TB. Standard kelajuan bagi sesebuah HDD laptop selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per Minute). Selain itu ada juga HDD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM maka makin laju dan mahal harga HDD tersebut.

c) RAM

RAM adalah singkatan kepada “Random Access Memory”, yang membawa maksud memori capaian rawak. RAM menyediakan ruang kepada laptop anda untuk membaca dan menulis data yang akan dicapai oleh CPU komputer anda (CPU – Central processing unit). Standard laptop untuk kerja yang melibatkan sedikit photo dan video editing, memadai dengan kapasiti 4GB. Kalau kerja anda setakat update blog, taip dokumen dalam Word, surfing internet, 2GB dah memadai.

d) Graphic Card

Kalau beli laptop yang ada graphic card canggih-canggih, pastikan anda membeli pakej tambahan warranty. Penting, sebab bila dah selalu sangat main game, kebarangkalian untuk graphic card rosak juga tinggi. Bukanlah tak tahan, cuma benda ni berkaitan dengan wear & tear, lagi banyak guna, jangka hayat hardware lagi rendah.

e) Lain-lain komponen

Skrin, Speaker, Web Cam, Bluetooth, Battery, Wireless dll biasanya tidak banyak mempengaruhi performance sesebuah laptop. Seperti contoh bateri laptop mempunyai beberapa jenis seperti 4-cell, 6-cell dan 9-cell. Jika inginkan bateri yang tahan lama pilih bateri 6-cell dan 9-cell. Skrin pula mempunyai banyak pilhan saiz dan yang paling popular adalah skrin saiz 14.0". Saiz yang besar memudahkan anda untuk membuat kerja editing dan sebaliknya juga untuk skrin bersaiz kecil sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang mudah seperti surfing dan lain-lain.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang tips memilih laptop, panduan beli laptop, laptop untuk student, beli laptop, tips beli laptop, nak beli laptop, cara nak beli laptop, laptop untuk pelajar, panduan beli laptop baru, panduan membeli laptop, tip beli laptop, tip beli laptop baru, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution, ok computer solution shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam



Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!

No comments:

Post a Comment