Repair Motherboard

Pengenalan



Dalam sesebuah laptop, motherboard merupakan sebuah komponen yang paling mahal untuk ditukar,

Biasanya harga sesebuah motherboard berdasarkan model adalah antara RM600 ke RM1000

Itu adalah harga motherboard baru, bila fikir balik, baik beli sebuah laptop baru!

Dan kami nasihatkan di sini jangan sesekali membeli motherboard yang refurbished atau 2nd hand kerana 

masalah pasti akan datang lagi

Macam mana nak tahu rosak motherboard?

Habuk banyak begini camna angin nak keluar?

Kipas kotor menyebabkan kepanasan dan akhirnya motherboard rosak!


Biasanya sesebuah motherboard rosak selain dari kerana tertumpah air, sebab yang selalu terjadi adalah kerana overheat, sistem penyejukan motherboard tidak efisien lalu 

melingkupkan motherboard. ( Bayangkan Enjin yang radiatornya takda air, kan lingkup kereta tu kalau terus

 pakai je), So kalau dah dapat masalah camni, baik terus hantar servis kat kedai komputer terdekat anda

 untuk bersihkan kipas anda yang berhabuk

Nak tahu apa tanda motherboard awak dah rosak?

Pertama : Kalau laptop on, tapi takda display kat screen ini adalah salah satu tandanya

Kedua : Tekan button ON banyak kali sampai lenguh tangan pun laptop tak ON

Ketiga : Masuk adapter tapi power indicator tak keluar

Keempat : Auto shutdown, auto restart

Kelima : Datang kedai kami dan kami cek untuk anda, kami kan professional


Apa yang biasanya rosak kat motherboard tu

Compaq Presario V3500 motherboard



Biasanya motherboard yang rosak ini adalah kerana chipsetnya. Apakah chipset? 

Chipset ini adalah umpama 

jantung sesebuah laptop/ komputer. Ada cara yang mudah untuk membaiki chipset 

ini seperti 'solder balik' atau 'reheat' chipset yang rosak tersebut. Cara ini memang berkesan tetapi haruslah 

diingat motherboard anda pasti akan rosak kembali! Ini saya jamin! 

Kerana secara tak langsung, membaiki sebegini umpama buat pembedahan 'bypass' kat jantung!


Apakah cara yang terbaik membaikinya?


Proses tukar chipset baru sebuah motherboard


Cara yang terbaik membaiki motherboard adalah tukar terus chipsetnya, dengan ini motherboard ini akan 

mendapat jantung baru dan akan tahan lebih lama ( so far yang buat dengan kami takda sapa lagi yang hantar 

balik)

Apa jenis model laptop yang boleh dibaiki?


HP Pavilion TX2000 Motherboard


Kami boleh membaiki semua jenis motherboard laptop

Tapi yang paling top datang kat kedai kami 

Compaq Presario V3000, V3500, F700, C700, CQ40 dan CQ41

HP Pavilion Tx1000, Tx2000

Acer Aspire 4520, 4530, 4551

Toshiba Satellite L310

Dell Inspiron 1420

Semua Sony

Semua MacBook

Lain lain model laptop juga boleh



Acer Aspire : 4551, 4935,4935G 4736, 4736z 4736g,4741, 4253, 4540, 4732, 4738, 4738z, 4740, 4750, 4755,4349, 4250, 4745, 4745G, 3620, 3680, 4310, 4315, 4520, 4530, 4710, 4715, 4720, 4730, 4730Z, 4920,4930, 4930G, 5050, 5500, 5540, 5550, 5580 , ONE, HAPPY, Ferrari, netbook D250, D255, D256, D260


Compaq Presario: CQ42, CQ43 , 510, v3000 series, v3500 series, CQ40 series , CQ41 series, C700, F500


Toshiba : C640, L645, L645D, M500, L510, L310, M200, M300, L30, A100


Lenovo : B450,B455, B460, B465, G450, G455,G470, G475, Y450, Y460,Z470, Z475, B450,B455, B460, B465, G450, G455,G470, G475, Y450, Y460,Z470, Z475, IDeapad S10, s10-2, s10-3


DELL: n4010, n4030, n4050, studio 1458, n4110, Inspiron 1420, 1440, Vostro 1400 , mini, inspiron 10


HP: pavilion G4, G42, hp probook 4410, pavilion DV2000, DV4, 520, tx1000, tx2000, all DV1000, dv2000, dv3000, dv5000, dv6000, dv7000, dv8000, dv1, dv2, dv3, dv4, dv5, dv6, dv7, DM1 DM2, DM3, DM4, DM5, DM6, DM7, nc series, nx series, mini series. 110, 210


Samsung : R440, RC420


Asus : A53S, X42Jr, A42 series, K42 series, X80L, AJ8, AJ8S


MSI : FX4xx series = 400, 420, 460, 480


Sony Vaio


Berapa Kosnya

Compaq Presario F700 Motherboard


Kami menawarkan khidmat ini dengan harga 'flat rate' untuk semua laptop
tak kisahlah laptop anda jenis model yang mahal atau murah.

Dengan jaminan selama 3 bulan

Kalau tukar motherboard pun jaminannya 3 bulan jugak

tetapi harga berganda mahalnya.


Kenapa jaminan lebih panjang berbanding kedai lain?

Acer Aspire 4520 Motherboard


Kami memberi jaminan yang panjang kerana kami yakin dengan servis dan workmanship kami

Kerana kami servis kami berkualiti dan boleh dipercayai.

Satu hari purata 15 ke 20 buah laptop masuk kedai untuk direpair, sekarang dalam urutan laptop yang hendak direpair ada 80++ laptop lagi yang perlu direpair. Kami buat kerja tidak laju tapi berhati-hati menjaga kualiti, anggaran paling cepat 1 minggu ke 2 minggu ( kami percaya pada kualiti kerana customer akan bercerita mengenainya)

Jika anda mahu proses baikpulih yang cepat tetapi rosak berulang kali, maaf kami bukan orangnya

So selepas ini, kalau ada laptop yang motherboard rosak, jangan buang lagi, hantar kepada kami untuk 
dibaiki.

Kenapa nak tukar motherboard sedangkan anda boleh membaikinya?

Testimoni

Berikut di bawah adalah antara laptop laptop yang telah berjaya kami baiki menggunakan kaedah menukar chipset ini. Plastik yang ada di skrin laptop adalah untuk mengelakkan dari skrin tercalar ketika proses pembaikan.

Acer Aspire 4535
Masalah yang diselesaikan : Bila 'ON' semua jalan tapi gambar tak keluar

Compaq Presario CQ40
Masalah yang diselesaikan : Bila 'ON' semua jalan tapi gambar tak keluar

Asus EEE PC
Masalah yang diselesaikan: Tak boleh on langsung

Compaq Presario CQ40
Masalah yang diselesaikan : Shut Down Sendiri

Compaq Presario CQ45
Masalah yang diselesaikan: Bila 'ON' semua jalan tapi gambar tak keluar

Acer Aspire 4520
Masalah yang diselesaikan: Bila 'ON' semua jalan tapi gambar tak keluar

Acer Aspire 4535
Masalah yang diselesaikan: Motherboard rosak terkena air

Acer Aspire 4738Z
Masalah yang diselesaikan: Shutdown selepas 5 saat ON

Asus A43
Masalah yang diselesaikan: Bila ON hang selepas beberapa minit

Dell Inspiron 1420
Masalah yang diselesaikan: Bila ON takda gambar keluar

HP Pavilion DV6000
Masalah yang diselesaikan: Motherboard rosak tertumpah air

Acer Aspire 4551
Masalah yang diselesaikan : Hang selepas beberapa minit

Dell Inspiron 1420
Masalah yang diselesaikan: Bila ON tak keluar gambar

Acer Extenza 4630Z
Masalah yang diselesaikan: Tak Boleh ON

Acer Aspire 2920
Masalah yang diselesaikan: Bila ON keep on restart

Compaq Presario CQ40
Masalah yang diselesaikan: Bila ON tak keluar gambar

Lenovo G460
Masalah yang diselesaikan: Gambar keluar di lcd monitor tapi tak keluar kat skrin sendiri

Sony Vaio
Masalah yang diselesaikan: Tak Boleh ON

Lenovo Thinkpad T400
Masalah yang diselesaikan: Bila ON tak keluar gambar

No comments:

Post a Comment