Acer merupakan antara model laptop yang banyak digunakan oleh pengguna masa kini. Ia juga mempunyai pelbagai jenis dan bentuk keluaran yang berbeza dan sangat memikat citarasa pengguna. Model Acer Aspire E1-522 ini merupakan antara model terbaru keluaran Acer. Walaupun ianya baru, namun tak terkecuali daripada menghadapi masalah motherboard. Kami di OK Computer Solution juga menerima laptop model ini dengan pelbagai masalah seperti tak boleh nak on, kadang-kadang boleh on tapi no display, auto restart dan auto shutdown.
Ini merupakan antara masalah yang melibatkan motherboard. Ada juga setengah kes yang mana terpaksa menukar motherboard dan menelan kos yang sangat tinggi. Kami di OK Computer Solution akan memberikan penyelesaian utama iaitu dengan menukar chipset.
Chipset berfungsi untuk mengawal paparan pada skrin laptop anda yang terletak pada motherboard. Mesti anda terfikir, kenapa chipset yang jadi masalah kan? Ini kerana chipsetlah yang mengawal seluruh pergerakan pada motherboard anda yang mana akan menghasilkan haba panas yang sangat tinggi. Bila kawalan udara tersekat, maka chipset tersebut boleh terbakar dan seterusnya boleh mengakibatkan masalah seperti yang disebutkan tadi.
Hal ini boleh dielakkan lebih awal sekiranya anda peka dengan masalah ini. Terutamanya, anda perlulah sentiasa servis laptop anda secara berkala yang mana ianya akan membersihkan segala habuk yang telah menyekat laluan haba panas pada heat sink. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah atau jika anda tidak berani untuk membuka laptop anda, kami sedia membantu.
Jika sudah terlambat, chipset sudah terbakar, kami juga sedia membantu anda dengan kepakaran yang kami ada.. Kami juga berpengalaman menghadapi masalah ini dengan hampir lebih 20 buah laptop model dari jenis yang sama iaitu Acer. Anda pasti akan teruja, terpegun dengan hasil kerja kami serta dengan jaminan yang kami akan berikan kepada anda.
Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!
No comments:
Post a Comment