Walaupun dikategorikan sebagai laptop baru keluar, namun ianya masih tak terlepas daripada masalah berkaitan motherboard. Tambahan pula, laptop jenis ini sangat sesuai untuk mereka yang bergelar kaki 'gaming'. Untuk masalah motherboard seperti 'Autoshutdown', 'Autorestart', 'On but no display', 'Cannot On', kami akan memberikan penyelesaian utama iaitu menukar chipset grafik laptop dengan yang baru dan ORIGINAL. Ya betul ORIGINAL..
Chipset grafik ini adalah otak yang mengawal visual yang keluar ke skrin laptop anda. Chipset grafik ini letaknya pada motherboard. Oleh kerana chipset grafik Asus adalah dari jenis yang canggih, yakni bukan biasa biasa saja, jadi chipset ini cepat panas kerana banyak bekerja, ditambah dengan heatsink dan fan yang berhabuk maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung. Kami mempunyai kepakaran menukar chipset ini menggunakan mesin yang telah kami import dari luar negara.
Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang tinggi sehingga mencecah RM700, RM900 dan ke atas.
Dengan jaminan hanya 3 bulan.
Sanggup ke anda??
Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:
- heat gun
- reball
- reheat
- resolder
Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi ketahanannya sangat rendah dan mudah rosak semula. Ini kerana kami juga pernah melakukan perkara yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi kami ambil keputusan untuk membuat kaedah menukar chipset sahaja. Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti :
Faedah kepada customer :
- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan
Faedah kepada kami :
Customer happy tak datang balik pasal masalah sama
Berikut antara contoh laptop model Asus yang lain dan sudah kami selesaikan masalah laptop mereka :
Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!
No comments:
Post a Comment