Kerap Menunggu Lama Depan Laptop?
Adakah laptop anda mengambil masa yang terlalu lama untuk keluarkan ikon pada desktop setiap kali anda menghidupkannya? Program dalam laptop anda juga kemungkinan berjalan seperti siput. Gejala-gejala lain adalah seperti memaparkan mesej ralat yang mungkin menunjukkan sistem dijangkiti virus. Sebagai contoh -
perkakasan seperti mesin pencetak dan peranti USB tidak berfungsi. Selain itu, terdapat beberapa fail yang tidak dapat diakses dalam laptop. Saiz fail anda berubah walaupun dapat mengaksesnya.
Terdapat banyak sebab mengapa laptop sentiasa buatkan anda seperti menunggu bas. Sesetengah daripadanya adalah seperti berikut -
Punca :
Ruangan Hard Disk Rendah
Ini adalah salah satu sebab yang paling biasa yang mungkin membuat sistem dalam laptop lebih perlahan daripada biasa. Kandungan fail digital seperti gambar atau video di dalam hard disk boleh membuatkan hard disk penuh dan perlahan. Semakin banyak anda menyimpan, semakin perlahan bacaan hard disk.
Virus
Sistem laptop anda boleh diserang oleh virus jika anda tidak memasang apa-apa perlindungan (anti-virus). Malicious virus kadang-kadang boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki pada sistem. Kebanyakannya (virus) direka untuk mencuri maklumat berharga seperti maklumat kad kredit. Malangnya virus juga mempunyai kecenderungan untuk perlahankan sistem anda.
Spyware
Seperti virus, malicious spyware juga akan menyebabkan sistem anda perlahan. Perisian ini akan ter'install' sendiri dalam laptop dan membolehkan maklumat dihantar kepada sumber lain tanpa pengetahuan pengguna. Penggodam juga menggunakan spyware untuk mengakses maklumat peribadi seperti kata laluan dan 'internet history'.
Penyelesaian :
Mujurlah terdapat banyak perisian digital masa kini yang anda boleh gunakan untuk membebaskan hard disk laptop anda dari ruang tambahan serta menghapuskan malicious virus atau malware yang mungkin telah mengisi penuh ruang hard disk laptop.
'Install' Anti-Virus dan Perisian Anti-Malware
Kebanyakan laptop biasanya dilengkapi dengan anti-virus dan anti-malware semasa awal pembelian laptop. Jika anda belum aktifkan anti-virus tersebut, dinasihatkan untuk anda berbuat demikian. Perisian anti-virus yang belum di'update', tidak akan dapat melindungi sistem laptop anda daripada ancaman.
Sentiasa periksa sama ada perlindungan antivirus anda berjalan secara teratur. Jika sistem anda dijangkiti ia mungkin juga telah dinyahaktifkan perlindungan antivirus tanpa kebenaran anda.
Optimumkan sistem laptop melalui RegCure Repair Tool
Anda juga boleh 'download' RegCure Repair Tool untuk mengoptimumkan sistem laptop. Perisian ini dapat membersih, membetulkan serta membuatkan sistem laptop anda mampu berjalan pada prestasi maksima. Selain itu, ia juga mampu mengoptimumkan memori laptop anda, menghapuskan malware dan fail lapuk yang boleh menggangu perjalanan sistem anda.
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang laptop slow, optimized pc, tips penjagaan laptop, why my laptop is slow, why my laptop so slow, laptop running slow, laptop startup slow, why laptop slow, my laptop is slow, why laptop so slow, why my laptop is so slow, laptop slow performance, why is my laptop so slow, why is my laptop slow, why my laptop slow, laptop performance slow, computer slow, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution, ok computer solution shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam
Jika anda rasa artikel ini berguna, sila share dengan rakan-rakan ya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment